My Blog List

Thursday, May 13, 2010

  1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Search

Beriani Johor
Bahan-Bahan:
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Cara:
1. Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.
2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
3. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.
4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
5. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.
Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 15 orang.
Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang

kenangan kak lang

kenangan kak lang