My Blog List
-
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7 - “Kau tolong check dia, mengandung ke tak?” Teringat reaksi Nailah tadi, dia inginkan kepastian, mungkin penilaiannya salah tadi. Tapi bila dirasa nadi...2 years ago
-
Kematian - Hari ini kehilangan seorang kenalan. Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku meng...6 years ago
-
Mutiah [1] - Bab 1 *BAGASI *berwarna biru tua yang sudah hampir lusuh warnanya ditarik perlahan. Perasaan gugup yang menghantui diri sejak seminggu lalu masih tidak m...7 years ago
-
Pujaan Hati Kanda - *Pujaan Hati Kanda* Aulia Iman ISBN: 978967080913 Penerbit: Karya Seni Tarikh Terbit: 2016 Halaman: 678 Harga: RM28 *~ Rasaku… ~* *Full review: 15/10/18*...7 years ago
-
-
-
Yang Tersia tersiar dalam portal Penulisan2u tanggal 24 April 2010 - Yang Tersia Oleh Raiza Khairina DALAM keheningan malam tanpa bintang, tanpa bulan yang menerangi alam, Suhana memandu pulang ke kampung halaman. Hujan re...10 years ago
-
Queen Control (versi baru) - PROLOG - Setiap cerita ada kisahnya… Kisah itu mewarnai kehidupan… PROLOG PUTRI Tasnim melontarkan batu-batu kecil ke arah laut. Perasaannya sednag bercampur-baur. ...10 years ago
-
ADVIDHAQ [38] - Raihana duduk di meja untuk dua orang itu sambil menongkat dagu. Siapalah yang patut jadi mangsa teman aku sarapan harini.. ha! Dia terus mencapai handphon...10 years ago
-
Kempen Shopping Sampai Lebam by GedeBook - Kempen Shopping Sampai Lebam 13 Januari 2014 - 4 Januari 2015 Pertandingan "Selfie bersama buku-buku GedeBook" (Perlu mengikut kreativiti sendiri) Pemena...11 years ago
-
New Update ! - Assalamualaikum and hello people =) Pheww akhirnya berupdate jugak blog ni kan? Haha. Sebenarnya kalau ada yang perasan, Zatie ada edit volume 1 tu awal t...11 years ago
-
I'm Back !!! - Salam Cinta Hati, DL mohon maaf sgt sbb mmg agak lama tinggalkan blog ni bersarang, berkulat tanpa ada yg memantau. Maafkan diri ini....ada perkara yg terp...12 years ago
-
Tudung 3 layer termurah di pasaran - Kali ni.. aku nak promote achik nyer tudung.. dah lama dia berniaga tudung ni.. ermm adik beradik.. bantu membantu.. tolong menolong.. ermm tak sama kerr.....12 years ago
-
Pilihan 20a - Aleya hanya merenung lama surat yang diterimanya itu, memang betul yang penyiasat itu sudah menjumpai rumah ibunya dahulu namun ada pesanan ringkas di akhi...13 years ago
-
-
Novel : Dia Suamiku (Episod 31) - Sudah seminggu kami selaku umat islam menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan. Suatu ibadah yang dituntut untuk semua umat islam dengan penuh tanggungjawa...14 years ago
-
Rahsia Alam Hitam (Kelahiran Mufrad)--Zehann Ur Rakhie - Pekan Ilmu Publications RM25.90 ISBN: 983-2567-73-4 653 halaman Blurp: Tengah malam akhir kurun ke-15, sebuah kapal dari tanah Jawa telah masuk berlabuh di...15 years ago
-
BAB 8 - IDHAM menyandarkan badannya ke kerusi empuk. Letih apabila seharian terpaksa berada di gudang dan perlu pula pulang ke pejabat untuk menyelesaikan laporan ...15 years ago
-
Sinopsis Jodoh Atau Cinta - Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Da...15 years ago
-
Bab 6 - Perjalanan ke Makkah Al Mukaramah mengambil masa selama 8 jam. Bas-bas yang membawa para jemaah haji berhenti di Bir Ali, terlebih dahulu sebelum meneruska...16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Thursday, May 27, 2010
terlerai laraku
” Along… kat adik Along tak rindu ke?” giliran si Murni plak menunjukkan sikap manjanya.
“ Ala..bucuk along..meh sini along timang” Pandai plak abang Murni ni buat lawak. Aku hanya tersengih melihat gelagat dua beradik tu apabila acara kejar mengejar terjadi.
“hish …. Cukuplah tu. besar panjang pun tak habis-habis lagi nakberkelakuan macam budak-budak”
‘ sudahlah Along..ibu masak istimewa hari ni…asam pedas kesukaan Along”
“Alah…ibu ni kalau Along dah ada mesti ibu dah tak ingat kat adik lagi..” Murni dah mula menunjukkan muncung itiknya.Aku pun hairan macamanalah kawan aku yang brutal seorang ni bila kat kampung terus bertukar menjadi macam baby jer.
“Along lupa plak ibu nak kenalkan..ini kawan adik …Kauthar” aku hanya menganggukkan kepala.Akhirnya ibu perkenalkan jugak aku dengan gadis yang telah mengegarkan hati seorang lelaki.Paling mahal matanya…ada keteduhan disitu.
“ Ahem..Along jangan tengok lama-lama adik takut nanti ada orang yang akan terbakar”suara penyelamatku akhirnya berbunyi.Terima kasih murni kerana telah menyelamatkan aku dari terus menjadi tatapan Alongmu.Macam tak pernah tengok orang, ke aku tak macam orang lain.Tapi rasanyaa aku sama sahaja dengan nakhluk lain yang Allah ciptakan.Takan lelaki ini tidak tahu merenung anak gadis lama-lama pun dikira satu maksiat jugak..Tapi mata lelaki ini tetap tak berganjak.Aduh kalau macam ni maunya aku akan terbakar( pinjam kata-kata Murni).
“:Jom..sejuk pulak lauknya nanti” Ibu Murni sudah tidak sabar nak menjamu anak teruna makan.Aku pulak tak sabar nak cabut menyelamatkan diri. Akhirnya dapat jugak aku menyelamatkan diri.Baru sahaja aku nak melencongb ke bilik suara Ibu Murni mengajak aku makan sekali telah mematikan langkahku.Aku cepat-cepat mencipta alas an yang aku penat dan nak berehat sekejap.mujur jugak ibu Murni memahami dan tidak memaksa.
terlerai laraku
BAB 1
“Kauthar ada orang kirim salam.”suara Murni cukup jelas ditelingaku.Malas aku nak layan.Bukan Murni tidak tahu prinsip aku . Tidak akan bercinta selagi aku tidak habis belajar. Hish geram betul lah aku dengan Kauthar ni, sampai bila dia nak membekukan hatinya. Apalah salahnya terima jer . Musykil betul aku dengan prinsip kawan aku sorang ni..hi hi tapi dia ni seorang ajelah kawan aku dunia akhirat.Kami kenal pun semasa minggu orientasi. Itupun sebab aku kesian kat dia asyik dibuli senior jer. Aku pun pelik apasal orang lain tak adalah teruk sangat dibuli.Dia bukan setakat abang-abans senior jer, kakak – kakak senior pun suka sangat membuli dia.Yang lagi memelikkan aku boleh jer dia buat muka poyo macam tak ada perasaan betul.Sampai tamat minggu orientasi barulah tamat penderitaan Kauthar. Pernah jugak aku sarankan idea brilliant aku suruh dia balas balik apa yang mereka buat kat dia.Tau tak apa dia kata “ Tak apalah Murni, selagi aku mampu bersabar aku akan bersabar.Hmm aku pun lepas tu malas lagi nak memberi idea.Lantak kaulah janji engkau bahagia. Bila dah habis orientasi sekali lagi Kauthar dikacau. Kali ini dikacau dengan acara ngorat- mengorat. Yang sengsaranya akulah plak. Bukan apa, asyik dok mengelek salam dari orang untuk disampaikan.Tapi yang bestnya aku juga yang kenyang. Apa sahaja hadiah terutamanya coklat akulah yang kenyang.Budak Kauthar ni bukan makan coklat.Elegik katanya.Aku apalagi dengan bangganya memberi nasihat .Tak apalah Kauthar engkau jangan makan nanti kalau sakit susah.Tapi dalam hati aku bukan main lagi menyorak.ha ha rezeki aku,dapat makan coklat percuma lagi.Yang paling brutalnya bila pak we Kauthar ( yang tidak
diiktiraf ) tanya Kauthar makan tak? Tau apa aku jawab.Sendiri taulah, mestilah aku jawab Kauthar cukup suka.Tersengih lebarlah Pakwe tak rasmi Kauthar tu bila pemberiannya dihargai,Yang mereka tidak tahu akulah orang yang telah menjalankan misi memperhabiskannya .Begitulah Kauthar sehinggalah aku dikejutkan yang Kauthar mengisytiharkan dirinya hendak berkahwin setelah dua tahun dia mengekalkan piala still singlenya tu.Nak tahu macamana Kauthar boleh terjebak dan melanggar peraturan yang diciptakan sendiri.Kisahnya begini…
“Kauthar , jomlah ikut aku balik bercuti kat kampung aku” sudah dua hari aku memujuk Kauthar untuk ikut aku bercuti di kampungku.Tapi susah sungguh nak memujuknya. Akhirnya aku geram sangat aku apalagi, terus melancarkan mogok tak nak bercakap dengannya selama dua hari,bior padan muka dia.Akhirnya strategi aku berjaya jugak mencairkan hatinya dan Kauthar bersetuju mengikutku balik bercuti untuk menghabiskan cuti semester kami di kampungku.Ya bedu-bedu.
Aku sebenarnya malas dan campur nak mengikut Murni bercuti dikampungnya.Tetapi aku tak tahan apabila Murni mogok tak nak bercakap dengan aku.Terasa sunyi jer hidup aku.Jadi untuk memggembirakan hati kawan baikku maka aku terpaksa bersetuju .I’m follow. Inilah kali pertama aku nak menjejak ke kampungnya. BUkan tak pernah Murni mengajakku untuk ikut dia bercuti di kampung tapi aku segan.Tapi kali ini Murni dah nekad jadi terpaksalah aku mengalah. Selalunya aku hanya bercuti di rumah anak yatim jer. Ish rindu plak kat Ummi dengan adik-adik kat sana.Sudah lama tak balik. Mesti Ummmi sedih ni. Nampaknya macam tak jadilah nak ikut murni balik kampung ni.Bila aku beritahu kat Murni aku tidak jadi nak ikut, cepat jer dia kata “ bak sini nombor telefon Pondok kasih kau tu kat aku” mata Murni aku tengok macam dah nak terkeluar. Terpaksalah aku bagi.
“ Ummi, Murni nak beritahu ni yang Kauthar tak balik ke Pondok Kasih untuk bercuti semesterni. Dia ikut saya balik kampung saya.hmm …. Ya…baik…ok “ itu aje yang aku dengar. Apalah agaknya Ummi cakap kat Murni sehingga mukanya yang keruh jadi jernih semula.Selesai jer bercakap dengan Ummi terus Murni membuat acara tayang gigi.
“ Apa Ummi cakap kat kau…” aku sudah hilang sabar apabila asyik dok tengok si Murni sekejap tayang gigi, sekejap dok tersengih” Pap aku tampar pehanya
”Aduh! Apa ni, main kasar plak “berkerut muka murni, kuat sangat ke.Tapi biarlah sapa suruh dia masuk acara tayang gigi. Aku Tanya yang dia asyik dok menyengih macam kerang busuk tu apahal.
”Yalah,aku Tanya boleh jer kau buat tak tahu.”
“Tak Ummi suruh kau tinggal terus kat kampung aku tu”
“ Kau cakap biar betik Murni” kali ini aku plak yang dah nak terkeluar biji mata.
Hik hik biar padan muka si Kauthar ni. Ada ke boleh sesuka hati cancel. Aku dahlah berangan nak tunjuk kat Along bakal kakak ipar aku.last-last tak jadi. Mau aku tak marah.
” Murni, cakaplah Ummi kata apa” Kauthar dah mula buat muka walfare, jadia aku terpaksalah bocor rahsia” Ummi pesan suruh engkau jaga diri, ingat mereka kat sana, nanti jangan lupa jengok mereka kat sana..sebab itu aku jawab hmm. Ya,….. baik….ok, faham tak cik Kauthar?” Murni sudah memulakan acara membesarkan biji mata.
Akhirnya hari yang dinanti Murni tiba jugak apabila dengan selamatnya aku dah berada disebelahnya di dalam bas menuju ke kampungnya di Johor.Sepanjang perjalanan aku hanya menyaksikan pemandangan sengihan kejayaan Murni .
“ Dah sampai dah anak ibu, masuklah..eh Kauthar pun ada, masuklah,hmm barulah ibu dapat jumpa kauthar.Selalunya dengar cerita dari Murni jer
“ Ibu takkan nak berbual kat depan pintu jer,adik dahlah penat ni.” Mulalah penyakit manja si Murni ni dah datang. Aku bukan apa cemburu. Yalah dia ada mak ,aku jangan kata mak, ayah pun tak ada,adik beradik jauh sekali.Kedua ibubapa aku terlibat dalam kemalangan ketika aku berusia dua tahun.Alhamdulillah umur aku dipanjangkan Nya Aku terselamat dan disebabkan ibubapa aku pun anak yatim,maka aku pun diserahkan ke Pondok Kasih sampailah saat ini aku menjadi penghuni di situ. Aku dan Murni lepas makan tengahari terus melakukan senaman kuak lentang atas katil.Fuh dapat tidur dengan angin sepoi-sepoi bahasa alangkah seronoknya.
Peristiwa bagaimana aku boleh menamatkan zamanPetangnya Abang sulung Murni sampai dan bermulalah kisah macamana aku boleh mengambil keputusan yang telah merubah hidup aku sekelip mata.
“Ibu Along dah sampai’terjerit-jerit Murni apabila teksi sampai. Alamak kat manalah aku nak menyorok ni. Ish tak ada pun si Murni ni beritahu aku tentang kepulangan abangnya dari US. Kalau aku tahu mati hidup semula aku tak akan ikut. Biarlah aku bercuti jer dekat Pondok Kasih. Tapi masalahnya aku dah ada disini.Hmm sabar jerlah Kauthar.
“ apa khabar ibu?’
“ Khabar baik Along, Alhamdulillah selamat jugak Along sampai’
“ Alah mak janganlah sedih kali ini Along balik terus”
Aku cukup terharu melihat seorang ibu yang sangat gembira. Aku tak berpeluang pun nak merasai pelukan seorang ibu.Tetiba jer airmata aku mengalir jer. Tapi mata yang satu tu asyik leka jer merenung sampai aku pun naik segan. Cepat-cepat airmata aku kesat.