bab 2
” Along… kat adik Along tak rindu ke?” giliran si Murni plak menunjukkan sikap manjanya.
“ Ala..bucuk along..meh sini along timang” Pandai plak abang Murni ni buat lawak. Aku hanya tersengih melihat gelagat dua beradik tu apabila acara kejar mengejar terjadi.
“hish …. Cukuplah tu. besar panjang pun tak habis-habis lagi nakberkelakuan macam budak-budak”
‘ sudahlah Along..ibu masak istimewa hari ni…asam pedas kesukaan Along”
“Alah…ibu ni kalau Along dah ada mesti ibu dah tak ingat kat adik lagi..” Murni dah mula menunjukkan muncung itiknya.Aku pun hairan macamanalah kawan aku yang brutal seorang ni bila kat kampung terus bertukar menjadi macam baby jer.
“Along lupa plak ibu nak kenalkan..ini kawan adik …Kauthar” aku hanya menganggukkan kepala.Akhirnya ibu perkenalkan jugak aku dengan gadis yang telah mengegarkan hati seorang lelaki.Paling mahal matanya…ada keteduhan disitu.
“ Ahem..Along jangan tengok lama-lama adik takut nanti ada orang yang akan terbakar”suara penyelamatku akhirnya berbunyi.Terima kasih murni kerana telah menyelamatkan aku dari terus menjadi tatapan Alongmu.Macam tak pernah tengok orang, ke aku tak macam orang lain.Tapi rasanyaa aku sama sahaja dengan nakhluk lain yang Allah ciptakan.Takan lelaki ini tidak tahu merenung anak gadis lama-lama pun dikira satu maksiat jugak..Tapi mata lelaki ini tetap tak berganjak.Aduh kalau macam ni maunya aku akan terbakar( pinjam kata-kata Murni).
“:Jom..sejuk pulak lauknya nanti” Ibu Murni sudah tidak sabar nak menjamu anak teruna makan.Aku pulak tak sabar nak cabut menyelamatkan diri. Akhirnya dapat jugak aku menyelamatkan diri.Baru sahaja aku nak melencongb ke bilik suara Ibu Murni mengajak aku makan sekali telah mematikan langkahku.Aku cepat-cepat mencipta alas an yang aku penat dan nak berehat sekejap.mujur jugak ibu Murni memahami dan tidak memaksa.
Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7
-
“Kau tolong check dia, mengandung ke tak?”
Teringat reaksi Nailah tadi, dia inginkan kepastian, mungkin penilaiannya
salah tadi. Tapi bila dirasa nadi...
2 years ago
No comments:
Post a Comment