My Blog List

Sunday, April 17, 2011

SAJAK UNTUK IBU 1

    Ibu...
   kasih dan sayang mu harum umpama mawar mewangi
   kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut kalbu ku
   wajah mu yang bercahaya indah berseri
   Sering ku dambakan muncul dalam mimpi
    Ibu
   segala nasihat yang kau titipkan buat ku
   kan ku semat kukuh di dasar memori ku
   kelembutan dan kelunakan tutur  bicara mu
   Sering menjadi impian dan dambaan ku selalu

    ohh ibu ratu hati ku...
   semoga nur kasih-NYA sentiasa merahmati mu selalu
   terima kasih atas pengorbanan dan jerih perih mu
   Dikau lah  bidadari anugerah terindah dari ILAHI
    buat ku ANAK MU


Friday, April 15, 2011

TAKLIMAT PEPRIKSAAN UPKK DAN UPSRA 2011

Alhamdulillah hari ini bertempat di Masjid Al Mukhlisin majlis yang dirancang dalam masa terdekat berlansung. Mulanya cuak juga adakah mampumajlis ini dilaksanakan. Namun Alhamdulillah berjaya juga... usterima kasih buattaz Nor Hassan sudi hadir.

Windows File Association

Windows File Association

Saturday, March 26, 2011

motivasi guru

Hari ini 26 mac 2011 bertempat di masjid al Muqarrabin Cheras....kami di dedahkan pengalaman hidup serang mantan pengetua SMAP..yang diberi anugerah sebagai seorang JUSi cukup menyentuh hati..pelbagai suka duka yang dilalui sepanjang 32 tahun 7 bulan berkhidmat sebagai seorang guru..sehinggalah bersara wajib ..kini usianya menjangkaui 60 tahun..namun masih bertenaga..bila melihat semangatnya hati jadi malu..aduhai bolehkah warga guru yang ada masakini boleh secergasnya andai berada diusianya..benarlah mencurahkan ilmu ibarat titisan hujan yang mencurah ke bumi...mengibubapakan guru dan menggurukan ibubapa..itulah cabaran yang perlu dilakukan.
  Pengalaman hidup puan Khuzaimah hj Sulaiman diabadikan dalam bukunya Guru 360 darjah....

Sunday, November 14, 2010

hari konvokesyen tadika johan ceria

14hb november 2010 pukul 8.30 aku dan suami menghadiri majlis konvokesyen anak ketiga...rasanya inilah majlis yang terakhir yang anak daraku akan sertai sebagai penari...bila tengok dia menari my hubby siap kata..rosaklah anak daraku sorang ni..
tengoklah gaya anak daraku menari...kaku semacam jer...nasib baik ....minta2lah lepas ni dia tak minta nak jadi penari plak,,,,,,, mau tak haru.....

kenangan kak lang

kenangan kak lang